gigi taringnya patah :)

bangkitlah dari tidurmu yang panjang, berdirilah dengan penuh perkasa, berpijaklah di alam yang nyata, tanah air menggamit semangat wajamu.....

Sila klik banner di bawah untuk mendapat habuan yang memuaskan!!


Sila gunakan carian di bawah untuk mencari sesuatu yg anda inginkan!!
Google

Tuesday, February 07, 2006

bulu ketiaakks

Mak...!!! Mak...!!! "Tengok ni mak...!!!!!

Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia
nak menyampaikan
berita gembira itu pada emaknya. Sampai di
pintu rumah, Jais terus
melompat masuk. Tak dipijaknya anak tangga
rumah itu. "Mak...!!!
Mak...!!!! Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke
dapur. Mendapatkan
emaknya. Emaknya yang sedang memasak di
dapur terkejut kehairanan melihat anaknya
itu. Tercungap-cungap bagaikan dikejar
harimau. "Kenapa ni Jais?" Emaknya bertanya.
Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais.

"Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah
tumbuh mak....tengok ni mak...hehehehehe..."
Jais mengangkat tangan kirinya dan
menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh
itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang
setengah inci panjangnya. "Hish...ko ni Jais.
Mak ingatkan ada hal apa la. dah la tu....
pergimandi cepat. Makananpun dah siap ni."

Jais ke bilik mengambil tuala dan terus ke
bilik mandi. Dalam hatinya menyanyi-nyanyi....
'Yeah...yeah...dah tumbuh...bulu ketiak aku
dah tumbuh...yeah yeah...' Jais gembira tak
terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu.
Kemudian di bubuh sedikit conditioner.
Selepas mandi Jais
membubuh sedikit bedak pada bulu
ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya.
Sayang sungguh Jais dengan bulu
ketiaknya. Dijaganya seperti menatang minyak
yang penuh. Malam itu tak lena tidur Jais.
Dibelai-belainya bulu ketiak itu. Tak sabar Jais
menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak
sabar Jais nak ceritakan pada kawan-
kawannya.



Sampai di sekolah, tanpa membuang masa
Jais memberitahu kawan-kawannya. Semua
berkerumun melihat bulu ketiak Jais. Kawan-
kawan Jais tak ada bulu ketiak sepertinya.
Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke
kelas. Semua murid-murid bergegas menuju
ke tempat duduk masing-masing. Suasana
menjadi senyap. "Selamat pagi cikgu..!" Kata
Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-
murid lain. "Selamat pagi cikgu...!!" "Selamat
pagi pagi murid-murid." Cikgu Bakri menjawab
ucapan
anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang
dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri
berjalan menuju ke bahagian tengah kelas itu.
Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya.

'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu
Bakri. "Baik....dengar sini murid-murid. Hari ini
saya mahu awak semua buat satu
karangan. Tulis mengenai benda yang kamu
suka. Yang kamu sayang. Kucing ker, adik
kamu ker, tak kira la... apa-apa saja."

Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri
kembali menuju ke mejanya. Duduk di kerusi.
Dibiarkan anak-anak muridnya membuat
kerja yang disuruh. Semua murid
mengeluarkan buku nota dan pen masing-
masing. Jais pun turut berbuat begitu. Jais
mula mengarang. Menulis mengenai bulu
ketiaknya.
------------------

Bulu ketiak saya.
Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya
9 tahun. Saya ada emak. Saya sayang emak
saya. Emak saya pandai masak. Saya ada
ayah. Saya sayang ayah saya. Ayah saya
selalu belikan saya hadiah. Bulu ketiak ayah
saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam
ayah saya. Saya tanya
ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiak
saya tumbuh cepat. Ayah saya kata, ambil telur
ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak.
Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari
saya pergi reban ayam. Tunggu ayam bertelur.
Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya
sangat gembira. Saya sayang bulu ketiak saya.
------------------
Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu
sekolah. Cikgu-cikgu Jais pun ramai yang tahu.
Memang jarang budak yang baru berusia 9
tahun seperti Jais dah tumbuh bulu ketiak.
Habis sekolah. Jais berjalan pulang ke
rumah. Jais puas hati dengan
persekolahannya hari itu. Jais sayang
sekolahnya. Jais sayang kawan-kawan dan
cikgunya. Dalam perjalanan, tiba di satu lorong
Jais nampak ada 3 orang menghalang jalan.
Jais kenal mereka. Murid-murid darjah 5.
Mereka selalu membuli murid-murid kelas
bawah. "Jais mari sini..!!" Salah seorang dari
mereka memanggil Jais. "Orang kata bulu
ketiak ko dah tumbuh... mari la...tunjuk..!!.
Kami nak tengok..!!" Jais diam. Dia serba
salah. Dia tak mahu melayan mereka.

Jais takut. Jais diam tercegat di situ. Kemudian
ketiga-tiga budak tadi meluru ke arah Jais.
Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi
tak berjaya. Jais ditangkap mereka. Jais
meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak
peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka.
"Jangan la... jangan...jangan..!!! Jais menjerit.
Dia terus meronta-ronta sambil menangis.
Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi
mengeluarkan gunting. Lalu memotong bulu
ketiak Jais.Mereka ketawa.... "Hahahahahaha..
.!!" "Mari....mari..!! Sapa nak tengok bulu
ketiak Jais..!!"

"Lelong....lelong..!!! Sapa nak beli...!!! Jualan
murah....!!! Bulu ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!!
cHahahahahaha....!!!!" Mereka terus ketawa.
Puas hati mereka dapat membuli Jais. Jais
menangis. Terbaring Jais keletihan. Lemah
longlai tubuhnya. Bagaikan seorang gadis yang
dicabul kehormatan. Jais meraba ketiaknya.
Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga
manusia yang tak berperikemanusian. Jais
sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu
berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais
menangis. "Huwaaaaa.....!!!!!!!!""Huwaaaaa...
..!!!!!!!!'Selepas kejadian itu Jais lansung tak
mahu pergi ke sekolah. Jais tak mahu pergi ke
mana-manapun. Jais sedih. Selera makannya
pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk.
Cikgu Bakri pun datang melawat Jais. "Ni buku
nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan
yang awak buat tu." "Dah la tu... jangan sedih
lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu
ketiak Jais tu." "Esok pergi sekolah yer..."

Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais
mengangguk-anggukkan kepalanya. Kesedihan
Jais mula reda. Tapi tetap timbul
persoalan di hatinya.....Mengapa ada orang iri
hati?....Mengapa ada orang dengki melihat
kelebihannya?...Dia tak pernah kacau orang.
Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah
budak biasa yang sayangkan bulu ketiaknya.
Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak
jadi dewasa.

Inilah kehidupan wahai Jais dan bangsamu
selalunya memang begitu. INI BARU BULU
KETIAK, BELUM BULU LAIN. LAGI RAMAI LAH
ORANG YANG AKAN DENGKI.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home