gigi taringnya patah :)

bangkitlah dari tidurmu yang panjang, berdirilah dengan penuh perkasa, berpijaklah di alam yang nyata, tanah air menggamit semangat wajamu.....

Sila klik banner di bawah untuk mendapat habuan yang memuaskan!!


Sila gunakan carian di bawah untuk mencari sesuatu yg anda inginkan!!
Google

Monday, February 12, 2007

Hati sorang lelaki

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari
pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu
waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya
sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan
yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama
yang terletak disebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak
malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak
dengan aku pulak tu...Pencuri! !!! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan
perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam
bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil
tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua
lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi
begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari mememarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan
mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani
sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.

Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk
menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega
seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki
pesawatnya.

Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk
mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan
biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.

Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan
tadi.....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki
itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang
terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi
marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana
bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia
menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa
tunggubas/keretapi/ kapalterbang. ..makan benda lain.

Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding
perempuan... .hahahahaha

0 Comments:

Post a Comment

<< Home