gigi taringnya patah :)

bangkitlah dari tidurmu yang panjang, berdirilah dengan penuh perkasa, berpijaklah di alam yang nyata, tanah air menggamit semangat wajamu.....

Sila klik banner di bawah untuk mendapat habuan yang memuaskan!!


Sila gunakan carian di bawah untuk mencari sesuatu yg anda inginkan!!
Google

Wednesday, February 15, 2006

Surah Al-Kautsar

Bismillah..........hirohma...nir'roh himm.....

"Innaa ak'thoina'kalkautsar, fashallilirabbikawanhar,
innashania'ka huwal abtar".


Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat
& diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini
diperbuat daripada batu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula
lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada
kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati
Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda
bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa
saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini
dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,
mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air,
bacalah surah ini dan gosok di
leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair,
gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini
sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir
baca surah ini 10x,
mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham
pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita
akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan
menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara
membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya
kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

wassalam...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home