gigi taringnya patah :)

bangkitlah dari tidurmu yang panjang, berdirilah dengan penuh perkasa, berpijaklah di alam yang nyata, tanah air menggamit semangat wajamu.....

Sila klik banner di bawah untuk mendapat habuan yang memuaskan!!


Sila gunakan carian di bawah untuk mencari sesuatu yg anda inginkan!!
Google

Thursday, March 30, 2006

Perkahwinan kian rapuh

Kepada yg bakal berumahtangga n dan berumahtangga... (read this first)

Hamba tertarik dengan artikel tentang perkahwinan kian rapuh di utusan bertarikh entah bila entah. katanya, kini perkahwinan masyarakat moden kian rapuh dan tidak dapat bertahan lama. Jadi skop pandangan dan falsafah perkahwinan generasi sekarang perlu diketahui umum.Hakikat kini, begitu banyak isu dan trend perkahwinan yang membimbangkan masyarakat.banyak masalah dan kepincangan berlaku bukan sahaja disebabkan oleh tidak wujudnya kebahagiaan dan keharmonian perkahwinan tetapi juga disebabkan ia tidak berlandaskan kepada falsafah perkahwinan yang membolehkan pasangan meneruskan perkongsian hidup yang bahagia.Perkahwinan tanpa kebahagiaan adalah satu kejahilan dan kesengsaraan. Ini berlaku disebabkan kelemahan falsafah hidup dan prinsip perkahwinan dan kesan kegagalan dalam perkahwinan amat besar kepada masa depan hidup seseorang.ini kerana masyarakat negara ini harus sedar bahawa kerapuhan institusi perkahwinan akan meningkatkan kadar perceraian, ibu tunggal, keganasan rumah tangga, kekecewaan dan penyesalan, antiperkahwinan, trend hidup membujang sampai tua, masalah seksual perkahwinan dan sebagainya.Bagaimanapun norma-norma yang bercanggah dengan perkahwinan seperti bersekedudukan, berzina, rogol, sumbang mahram, hubungan seksual tanpa perkahwinan dan pelbagai fenomena sosial dan moral yang berlaku boleh menggugat integriti institusi keluarga.Keganasan perkahwinan mungkin disebabkan oleh kurangnya persefahaman yang baik di antara suami isteri. Kedua, disebabkan sikap agresif wanita tidak dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang waras. Ketiga, mungkin kerana rasa tidak puas hati wanita terhadap suami mereka yang ‘main kayu tiga’ atau ingin berkahwin lain. Masalah-masalah perkahwinan boleh diselesaikan dengan cara yang baik, bersemuka, lebih musyawarah dan bukan dengan cara berdendam, tidak dapat mengawal perasaan yang akhirnya membawa musibah ke atas diri masing-masing.Jika kita dapati sudah tidak terdapat jalan penyelesaian dan buntu, mereka seharusnya berbincang dan mengambil jalan untuk berpisah atau bercerai. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang baik dan tidak menyakitkan hati.Ini perkara yang penting dan harus diberi penekanan dalam masyarakat sekarang. Masalah seperti ini bukan baru tetapi telah wujud dalam masyarakat dahulu pun. Tetapi mereka tidak mengambil langkah yang boleh menyebabkan keganasan.Walaupun perkahwinan itu menghadapi masalah sama ada ditimbulkan oleh pihak lelaki atau perempuan, ia perlu mendapatkan penyelesaian yang baik.Kalau lelaki sudah tidak berminat dengan wanita dan begitu juga wanita sudah tidak berminat dengan lelaki, ini akan merosakkan norma hidup kita untuk berkeluarga. Perkara ini harus dipandang serius. Jadi tanggungjawab Pusat Pembangunan Keluarga kini adalah memberi penekanan terhadap aspek-aspek penting seperti memberi pengajaran dan memupuk falsafah-falsafah perkahwinan dengan memberi satu garis panduan supaya mereka melihat perkahwinan ini sebagai satu cara untuk membina masa depan yang lebih baik. Ia bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan biologikal yang kita panggil hubungan seks.Jadi kita harus merenung sedalam-dalamnya dalam kehidupan berumah tangga, dan menjalani kehidupan itu dengan lebih rasional serta matang dalam menghadapi sebarang cabaran yang mendatang..
peace dari hamba:)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home