gigi taringnya patah :)

bangkitlah dari tidurmu yang panjang, berdirilah dengan penuh perkasa, berpijaklah di alam yang nyata, tanah air menggamit semangat wajamu.....

Sila klik banner di bawah untuk mendapat habuan yang memuaskan!!


Sila gunakan carian di bawah untuk mencari sesuatu yg anda inginkan!!
Google

Wednesday, March 22, 2006

Temuduga terbuka...

KEKOSONGAN JAWATAN

  1. Ahli Syurga Dari Awal
  2. Ahli Neraka Dari Awal
  3. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (Khas untuk jawatan A)

  1. Nikmat Kubur
  2. Perlindungan di Padang Mahsyar
  3. Keselamatan Meniti Tititan Sirat
  4. Syurga yang Kekal abadi

TARIKH TEMUDUGA

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN

- Anda tidak perlu bawa sijil-sijil

- Anda tidak perlu bawa pingat

- Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak)

- Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, berbadan tegap atau berpakai seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

-

PANEL PENEMUDUGA

Mungkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR

  1. Siapa Tuhan anda?
  2. Apa Agama anda?
  3. Siapa Nabi anda?
  4. Apa Kitab anda?
  5. Kemana Kiblat anda?
  6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON

Anda hanya cuma perlu menunggu untuk dijemput hadir. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia di beri nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DI DALAM TEMUDUGA INI AKAN MUNCUL TIDAK LAMA LAGI

*SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG

PENGECUALIAN

0 Comments:

Post a Comment

<< Home