gigi taringnya patah :)

bangkitlah dari tidurmu yang panjang, berdirilah dengan penuh perkasa, berpijaklah di alam yang nyata, tanah air menggamit semangat wajamu.....

Sila klik banner di bawah untuk mendapat habuan yang memuaskan!!


Sila gunakan carian di bawah untuk mencari sesuatu yg anda inginkan!!
Google

Wednesday, February 28, 2007

the last day...

Mohd Azhar Bin Mustaffa
Hal Ehwal Akademik
Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST)

Tuan,

Pertukaran Jabatan

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pengurusan KIST telah bersetuju untuk membuat pertukaran jabatan tuan daripada Jabatan Hal Ehwal Akademik kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar berkuatkuasa 01 Mac 2007 dan dikehendaki melaporkan diri kepada Drs. Zulkernain bin Hashim.

3. Tujuan pertukaran ini adalah untuk memantapkan perjalanan pengurusan Hal Ehwal Pelajar. Tanggungjawab dan tugas-tugas tuan adalah seperti berikut :

3.1 Kemaskini data / maklumat pelajar
3.2 Membantu dalam pembangunan sistem dan merangka pangkalan data.
3.3 Menyediakan maklumat yang dikehendaki pihak pengurusan.
3.4 Membantu mengemaskini rekod pelajar.
3.5 Membantu Menyelaras kerja-kerja HEP.
3.6 Lain-lain hal yang akan dimaklumkan dan ditugaskan dari masa ke masa.

4. Selamat meneruskan tugas dan maju jaya bersama organisasi ini.

Sekian Terima kasih.
____________________________________________________________________

Surat ini hamba terima semalam. secara mengejut n tanpa hint tiba2 hamba kena bertukar ke HEP. sampai nak demam rasernya.. sedeyyy. ari ni adalah ari last hamba bertugas di Jabatan Hal Ehwal Akademik KIST... aduhhh... sedih rasernya nak tinggalkan HEA... walaupon dalam satu kolej tp kesan pertukaran tetap juga terasa.. sayang nak tinggalkan awek2 kat HEA. maklumlah hamba sorang ja lelaki kat situ.. yg lain suma pompuan2 cun... bujang lagi.. huhuhuhuhu.... HEP plak suma lelaki.. pompuan sorang pon tarak.. leceh la camni... huhuhuhu...

pepen hamba terima pertukaran ini sebagai satu cabaran pada hamba. seperti moto KIST keunggulan kecemerlangan dan kegemilangan hamba pon akan terus unggul... Hidup KIST.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home