gigi taringnya patah :)

bangkitlah dari tidurmu yang panjang, berdirilah dengan penuh perkasa, berpijaklah di alam yang nyata, tanah air menggamit semangat wajamu.....

Sila klik banner di bawah untuk mendapat habuan yang memuaskan!!


Sila gunakan carian di bawah untuk mencari sesuatu yg anda inginkan!!
Google

Wednesday, April 19, 2006

Just fun...

"Doktor," kata seorang ayah melalui telefon, "Anak lelaki saya menderita Selsema Burung." "Saya tahu,"jawab doktor. "Semalam saya telah ke rumah anda dan memberinya ubat. Pisahkanlah dia dari semua orang yang ada di rumah." "Tapi, doktor," kata ayah yang cemas itu. "Dia telah mencium pembantu rumah kami." "Kasihan. kalau begitu dia juga perlu dikuarantin." "Tapi, doktor, saya juga telah mencium pembantu itu." "Wah, ini rumit. Bererti anda juga sudah menyimpan benih penyakit itu." "Ya, dan tidak lama setelah itu, saya juga mencium isteri saya." "Celaka,"jawab doktor, "Kalau begitu saya sudah dijangkiti."

p/s:-
Situasi di atas tidak akan berlaku jika kitar kejujuran dan kitar kepercayaan tiada atau tidak diamalkan oleh aktor2 dan akteres2 yg terlibat.kejujuran itu penting dalam sesuatu perhubungan tidak kira samada perhubungan itu adalah antara suami dan isteri, kawan dan kawan, majikan dan pekerja atau doktor dengan pesakit.tanpa kejujuran, ikatan yang dijalin kukuh selama mana pun akan lurut terlerai mengekori kitar kepercayaan yang juga sudah tunggang terbalik.sama2 kita berlaku jujur dalam sesuatu perhubungan itu dan sama2 kita memantapkan nilai kepercayaan kepada orang tersayang di sekeliling kita..bersangka buruk adalah sesuatu yang tidak patut diamalkan kerana kitar kepercayaan memerlukan perasaan saling mempercayai antara satu sama lain dalam sesuatu perhubungan dan jika salah seorang mula bersangka buruk maka kitar kepercayaan itu akan mula terencat..menipu adalah sesuat yang juga tidak patut diamalkan kerana kitar kejujuran memerlukan sikap jujur antara satu sama lainn dan jika salah seorang mula menipu maka kitar kejujuran juga akan mula terencat..kitar kepercayaan dan kitar kejujuran adalah saling memerlukan dan perlu selari diamalkan dalam sesuatu perhubungan itu untuk memantapkan lagi hubungan yang terjalin..


Donlod tentang kitar kepercayaan dan kitar kejujuran:-
donlod1
donlod2
donlod3

peace......:)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home