gigi taringnya patah :)

bangkitlah dari tidurmu yang panjang, berdirilah dengan penuh perkasa, berpijaklah di alam yang nyata, tanah air menggamit semangat wajamu.....

Sila klik banner di bawah untuk mendapat habuan yang memuaskan!!


Sila gunakan carian di bawah untuk mencari sesuatu yg anda inginkan!!
Google

Friday, January 27, 2006

Lagi2 Balik kampong...

malam semalam abang ipar hamba dari Chini tepon kata dier nak balik kampung. Dier tanya hamba nak balik kampong x??? hamba jawab la nak balik... Tapi bukan malam ni. masalahnya abang ipar hamba nak balik malam ni n dier nak hamba balik ngan dier. dier x mau hamba balik ngan motor. bahaya kata dier. hamba cakap la ader kejer ckit tp dier tetap ngan keputusan balik ngan dier. banyak kejer dier cakap kat umah nanti. sebab sepupu hamba nak kawen. kena la bantu apa yang patut.hamba sebagai adik yang baik terpaksa la denga cakap orang yang tua2. malam ni lebih kurang kol 12 mlm, pulang la hamba ke kampong halaman yang tercinta. selamat tinggal suma... selamat tahun baru cina kepada Yoke Mei, Wei Sum, Erick, Lim, Andy, Khai Yin, Chuan.

Motor oh motor

Semalam di kala hamba nyenyak tido tiba2 bising pasal moto. mengapa ngan moto. lantaklah. layan tido lagi baik. tiba2 hamba dengar kata2 dari mulut saper entah yang mengatakan motor hilang!!!! moto ilang???? moto saper???? terus hamba terbangun dari kekhuyukan tido....
lorrr moto Pijo, junior hamba n serumah ngan hamba ilang.. moto Yamaha 125 Z R. fuhhh... terkejut beruk hamba. dah la moto baru, x sampai setahun lagi... kesian tol la kat kawan hamba sorang ni. dia kata dia tinggalkan kejap jer moto dier kat bangunan pentadbiran jam 10 pg. lebeh kurang 10 minit camtu la dia tinggalkan moto dier. tap tip tup, moto dah ilang kena kebass dek mamat mana ntahh... kesian tol la... hamba denga cam x puas ati jer.. dah la insurans Third party... kalo x bleh la claim ckit apa yang patut. dah benda nak jadi camna kan.. terima la kita sebagai hambaNya. suratan atau kebetulan.....(tiba2 teringat lagu tu).

Bahagia

Pepatah pernah mengatakan yang "hiburan itu tidak semestinya membahagiakan tetapi kebahagiaan itu pastinya menghiburkan". hamba dengar pepatah ni dari Farith Ismith Amir, pembaca berita dunia jam 10, TV1 suatu ketika dahulu dan pepatah ini hamba ingat sampai hari ini. dan memang benarlah apa yang dikatakan oleh beliau. baru sekarang hamba sedar dan mengakui kebenaran kata pepatah ini. terima kasih Farith....

Friday, January 13, 2006

ntah laaa

hahahahaha
dah lama btol hamba x update blog kesayangan hamba ni... walaupon rindu tapi dengan kesibukan yg melanda diri sejek 2 menjak ni maka kerinduan hamba itu terpaksa la hamba pendam duluuuu...
pejam celik pejam celik rupa2 nya banyak sungguh perkara yg berlaku akhir2 ini n hamba x sempat mengabdikan nya dalam blog ini....kesiannnn...
walaupon dah lama n dah basi tp hamba still nak cakap jgak. huhuhuh...
- selamat berkonvo kepada kawan dak2 IT n semua warga kustem baru2 ini....
-selamat pengantin baru kepada CT n datuk K (x puah ati siootttt). tgk datuk K tringat kat duang (misai tebaiiii)
-selamat ari jadi kat diri hamba sendiri (nak jgak, huhuhu) n amin karimm. epi birday 2 u.hahaha
-selamat bekerja kepada yg dah bekerja(rajin2 la yea, almaklom la makan gaji...) n kepada yg x kerja lagi tuh sabooo la yerrr, pahni rezeki ader la tuh..
-salam takziah kepada rakyat lobenon (bangsat sungguh israel n bush cipanzsss)