gigi taringnya patah :)

bangkitlah dari tidurmu yang panjang, berdirilah dengan penuh perkasa, berpijaklah di alam yang nyata, tanah air menggamit semangat wajamu.....

Sila klik banner di bawah untuk mendapat habuan yang memuaskan!!


Sila gunakan carian di bawah untuk mencari sesuatu yg anda inginkan!!
Google

Thursday, March 30, 2006

Perkahwinan kian rapuh

Kepada yg bakal berumahtangga n dan berumahtangga... (read this first)

Hamba tertarik dengan artikel tentang perkahwinan kian rapuh di utusan bertarikh entah bila entah. katanya, kini perkahwinan masyarakat moden kian rapuh dan tidak dapat bertahan lama. Jadi skop pandangan dan falsafah perkahwinan generasi sekarang perlu diketahui umum.Hakikat kini, begitu banyak isu dan trend perkahwinan yang membimbangkan masyarakat.banyak masalah dan kepincangan berlaku bukan sahaja disebabkan oleh tidak wujudnya kebahagiaan dan keharmonian perkahwinan tetapi juga disebabkan ia tidak berlandaskan kepada falsafah perkahwinan yang membolehkan pasangan meneruskan perkongsian hidup yang bahagia.Perkahwinan tanpa kebahagiaan adalah satu kejahilan dan kesengsaraan. Ini berlaku disebabkan kelemahan falsafah hidup dan prinsip perkahwinan dan kesan kegagalan dalam perkahwinan amat besar kepada masa depan hidup seseorang.ini kerana masyarakat negara ini harus sedar bahawa kerapuhan institusi perkahwinan akan meningkatkan kadar perceraian, ibu tunggal, keganasan rumah tangga, kekecewaan dan penyesalan, antiperkahwinan, trend hidup membujang sampai tua, masalah seksual perkahwinan dan sebagainya.Bagaimanapun norma-norma yang bercanggah dengan perkahwinan seperti bersekedudukan, berzina, rogol, sumbang mahram, hubungan seksual tanpa perkahwinan dan pelbagai fenomena sosial dan moral yang berlaku boleh menggugat integriti institusi keluarga.Keganasan perkahwinan mungkin disebabkan oleh kurangnya persefahaman yang baik di antara suami isteri. Kedua, disebabkan sikap agresif wanita tidak dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang waras. Ketiga, mungkin kerana rasa tidak puas hati wanita terhadap suami mereka yang ‘main kayu tiga’ atau ingin berkahwin lain. Masalah-masalah perkahwinan boleh diselesaikan dengan cara yang baik, bersemuka, lebih musyawarah dan bukan dengan cara berdendam, tidak dapat mengawal perasaan yang akhirnya membawa musibah ke atas diri masing-masing.Jika kita dapati sudah tidak terdapat jalan penyelesaian dan buntu, mereka seharusnya berbincang dan mengambil jalan untuk berpisah atau bercerai. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang baik dan tidak menyakitkan hati.Ini perkara yang penting dan harus diberi penekanan dalam masyarakat sekarang. Masalah seperti ini bukan baru tetapi telah wujud dalam masyarakat dahulu pun. Tetapi mereka tidak mengambil langkah yang boleh menyebabkan keganasan.Walaupun perkahwinan itu menghadapi masalah sama ada ditimbulkan oleh pihak lelaki atau perempuan, ia perlu mendapatkan penyelesaian yang baik.Kalau lelaki sudah tidak berminat dengan wanita dan begitu juga wanita sudah tidak berminat dengan lelaki, ini akan merosakkan norma hidup kita untuk berkeluarga. Perkara ini harus dipandang serius. Jadi tanggungjawab Pusat Pembangunan Keluarga kini adalah memberi penekanan terhadap aspek-aspek penting seperti memberi pengajaran dan memupuk falsafah-falsafah perkahwinan dengan memberi satu garis panduan supaya mereka melihat perkahwinan ini sebagai satu cara untuk membina masa depan yang lebih baik. Ia bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan biologikal yang kita panggil hubungan seks.Jadi kita harus merenung sedalam-dalamnya dalam kehidupan berumah tangga, dan menjalani kehidupan itu dengan lebih rasional serta matang dalam menghadapi sebarang cabaran yang mendatang..
peace dari hamba:)

Wednesday, March 29, 2006

Wajah Kesayangan Hamba

Ingin ku milik kasih
Ayu jelita
Wajah cantik berseri
Sinar cahaya

Sopan santun berbudi
Bergaya sederhana
Halus tutur bahasa
Sungguh mulia

Rambut panjang terurai
Bagai sutera
Hias bunga sekuntum
Tambah jelita

Bibir merah delima
Merdu alun suara
Penambat jiwa nan lara
Rasa bahagia

Pipi pauh dilayang
Alis matanya lentik
Sekali mataku memandang
Hati tertawan

Wajahnya mempersona
Tiada lagi tandingan
Bagai dewi menjelma
Jadi temanku

Datanglah wahai pujaan
Datang padaku
Lukisan wajah kasih
Di ruangan mata

Kalung dirimu sayang
Dengan cinta nan mesra
Wajah kesayangan hamba
Kini ku jumpa

merah darah sotong!!

mlm td baru hamba perasan yg hamba silap.. selama ni hamba sangka yg warna merah darah ikan itu adalah warna merah darah sotong. jauh sungguh hamba terpesong dari landasan kata. dan mujur saudara bukit besi menegur hamba ketika saudara taman tas tiba2 terperasan yg baju yg dipakai oleh pelakon F**** S***** itu sama dengan baju yg dipakai oleh si F******. dan warna baju yg dipakai oleh pelakon itu adalah warna biru muda dan hamba mengatakan yg warna baju yg dipakai oleh si F****** adalah warna merah darah sotong. Stupid.. darah sotong warna hitam, bukan warna merah. itu pun sudah lari dari landasan warna merah. mungkin sebelum ini hamba pernah dengar tapi mungkin x perasan or x mengambil kisah pasal warna ini sehingga menganggap warna merah darah ikan itu adalah warna merah darah sotong. tapi hamba bukan buta warna dan masih kenal warna. cuma kena belajar lagi tentang warna-warni yg ditambah daripada warna asal seperti warna biru putih star. :)

Sunday, March 26, 2006

Brontok H (8) menyerang

Damn!!!!!
virus Brontok H (8) telah melanda pc hamba. abis semua folder dia copy. najis sungguh wahai mat indon yg mencipta virus nih. tahap cipan punya power. abis dia sekat. mujur ader antivir personnal edition classic yg bleh mendetect n mendelete kan virus nih. fail .exe tp bentuk folder.bodoh sungguh. mujur aderr mat2 power kat umah nih yg membantu. dari kol 5.00 pm semalam hingga kol 5.00 am td baru dapat clean semua. hampir 3000 virus telah didetect n didelete melibatkan 6 partition (120GB). tq semuaaa. hamba lap u all. peace...

mangsa : bukit marak
pembawak: sang lang
pencegah : gunung, taman tas
pembantu : wakaf tengah, rantau panjang
pemerhati : pasir mas, bujang senang
tukang ketawa : bukit besi

Saturday, March 25, 2006

Ayat2 maut..

Ayat2 di bawah hamba pow dari folder kawan hamba yg dibackupkan di pc hamba semasa hamba tidur tadi. mintak maap sebab amik tanpa mintak kebenaran dari tuan punya folder. peace dari hamba kepada tuan punya folder. :)


Orang yang paling bahagia tidak selalu memiliki hal-hal yang terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan-Nya.

Ada saat-saat dalam hidup kamu ketika kamu sangat merindui seseorang sehingga hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata.
Semoga kau bermimpikan orang seperti itu.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain akan dibuka.
Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak dapat melihat pintu lain yang dibuka untuk kita.

Sahabat terbaik adalah yang dapat duduk lama bersamamu,
Tanpa mengucapkan sepatah kata pun,
Dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan seperti telah bercakap lama dengannya.

Hidup ini umpama kabus pagi,
Sepi suram kemudian menghilang.

Hidup ini tak seindah mimpi yang tersurat,
Tidak seperti yang tersirat.
Senyuman yang terukir di bibir tidak akan sama dengan tangisan di hati.

Jika kamu mencintainya biarlah dia pergi,
Jika dia kembali itulah cinta sejati.

Walau pipit dengan enggang tidak seiringan,however beauty and the beast still love and live forever.

Hidup umpama perjalanan matahari, gelap.. cerah… gelap kembali. Berusahalah yang terbaik semasa terang agar tiada penyesalan waktu gelap menjelma.

Seharusnya kita tidak harus ketemu kerana dipenghujungnya kita pasti akan berpisah. Biar saja kita tidak pernah bertemu agar tiada nostalgia indah.

Perempuan ibarat teka teki yang sukar, tidak lagi mengembirakan apabila sudah mengetahuinya.

Cinta tidak pernah buta, yang buta ialah hati kerana cinta tidak pernah curang, yang curang ialah hati.

Friday, March 24, 2006

the_ceritas

Setelah membaca dan cuba menghayati, maka boleh hamba menyimpulkan bahawa si heroin ni sebenarnya takut untuk menerima kenyataan dan takut pada bayang2 sendiri manakala si heronya pula terlalu memendam rasa dan anggap itu semua adalah takdir tanpa berusaha untuk mengatasi masalah yg berlaku. am I right?? whats going on next??? tunggu dan lihat...

Selamat berbahgia...

Setelah segala masalah, kesedihan dan keraguan diharungi, cemburu, simpati, rasa bersalah dan dendam serta obsesi merantai diri, maka mereka berbahagia bersama. terima kasih kepada valensi, palomi, borisssi dan danial kerana membantu mereka mengharung rintangan dan dugaan hidup. selamat berbahagia, gaby...:)

Wednesday, March 22, 2006

Temuduga terbuka...

KEKOSONGAN JAWATAN

  1. Ahli Syurga Dari Awal
  2. Ahli Neraka Dari Awal
  3. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (Khas untuk jawatan A)

  1. Nikmat Kubur
  2. Perlindungan di Padang Mahsyar
  3. Keselamatan Meniti Tititan Sirat
  4. Syurga yang Kekal abadi

TARIKH TEMUDUGA

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN

- Anda tidak perlu bawa sijil-sijil

- Anda tidak perlu bawa pingat

- Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak)

- Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, berbadan tegap atau berpakai seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

-

PANEL PENEMUDUGA

Mungkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR

  1. Siapa Tuhan anda?
  2. Apa Agama anda?
  3. Siapa Nabi anda?
  4. Apa Kitab anda?
  5. Kemana Kiblat anda?
  6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON

Anda hanya cuma perlu menunggu untuk dijemput hadir. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia di beri nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DI DALAM TEMUDUGA INI AKAN MUNCUL TIDAK LAMA LAGI

*SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG

PENGECUALIAN

Tuesday, March 14, 2006

Sekitar Comtech Commencement Night 2006
















Suka duka bersama........ selamat maju jaya.....

For my mom, Meriam@Che Jah Bt Noor, I love U

p/s (mak aku ader lg di dunia ini)

tulisan ini dihantar oleh seorang sahabat........bagi
mereka yang mempunyai ibu dan ayah, hargailah
mereka...
renungilah luahan hati seorang anak yang
ditinggalkan ibu

WARKAH BUAT IBU.………

Mak……..
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.
Dah hampir sepuluh tahun mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kita kan
sejuk syahdu masih terasa lagi ini....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang
nakal ni sejak kita dewasa.…
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi
jauh....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam
tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak pernah buat begitu.....
lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah
mak.....
tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan
radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun
menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di
gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan..

lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah
bersih2....
lepas itu mak jemur karpet-karpet...
lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak
biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bagitahu kat mana
semua duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam
gulung tikar...kita
kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak saja...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak
tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kita sampai dari KL.....mak dah
dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampung semua dah
pujuk.....
mak tetap takmau pergi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum
pujuk.
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.....
tapi kita berkeras juga pujuk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan
urut saja..
Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...
tak salah, anak mak yang ni pun mengikut
perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin
teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun
sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital.....

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sihat...
kami sayang mak...
kami tak mahu mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami ye mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah
pertama dan terakhir kali
mak naik kereta kita...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya
mak, kita kata nak
beli kereta....
Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt..
kita jawab pula...kalau tak cukup,
mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kita sampai.....mak buat
kenduri kesyukuran.....
Dan kita masih ingat lagi...bila kita eksiden
terlanggar keling naik motor.....

Punya lah kita takut...kita warning kakak kita
jangan sesekali bagitahu kat mak.....
Bila balik sahaja kampung....kita cepat-cepat
simpan kereta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan
kemek...mak tanya Kenapa...?
Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga.....
Mak....tujuan kita menipu tu supaya mak tak
risau...
Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak
tau hal sebenar...
mak, kita menipu mak kan...ampon kan kita....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba saja kat hospital....nurse tengah balut
mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai
hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat
sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita
mamandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala
ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita
rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga. di
sebab kan pagi masih awal,
jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati
ini.....
Sepanjang perrjalanan terasa kedinginan subuh itu
lain benar suasananya.....
terasa syahdu dan sayu begitu...dinginnnn....

Mak.....
kita masih ingat lagi...
kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami
mengosok seluruh tubuh mak.....
kita gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang
mak jangan buat
begitu...jangan
nangis ya.."
Bila makcik tu kata begitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya
tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kita tulis.....
kita nangis ni.....
Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00 pagi....
tak ada orang yang bangun lagi.....
kita dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kita sedih...kita rindu kat mak..!
Takpa lah.....nanti bila kita selesai sembanyang
subuh, kita baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap
wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah-olah senyum
saja...
Mak rasa tak....masa tu kita sentuh dahi mak...
kita rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
kita tak mampu nak cium mak...kita tak daya....
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan
air mawar...
Airmata kita tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam
solat jenazah untuk mak...
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita
sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari
rumah....
Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik..
badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak seorang saja anak mak
yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap
malam selepas maghrib anak mak
ini berendam airmata...

Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat
selepas maghrib...
Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan.
entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2
mak lepas itu apa lagi...
semakin kita tenung terasa semakin
sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kita cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
kita rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon
kampong...
kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi.
Puas lah kakak memujuk kita...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah
untuk mak..nanti kalau gini
saja mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik
rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...

Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa
menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit
dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu
menjelma...hanya sedekah al-fatihah
kita berikan.....

Mak....
cukup lah sampai sini dulu....
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan...
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini...
lepas itu kawan kita bagitahu...simpan saja buat
kenangan..

kita cuma tau alamat ni aje...
tak mengapa ye mak...kita kasi orang lain baca...
kita stop dulu...sebab kawan kita dah lama tunggu
tu.
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan
jutaan terima kasih kerana
membesarkan kita...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai
masuk sekolah..
sampai masuk univerisiti.
sampai kita boleh rasa naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu
kita balas..

Sekian terimakasih.

Yang Benar
~Anak mak yang dah tak degil

Pesanan:

· Hargailah kewujudan mak kita

· Hargailah segala pengorbananan mak

· Berbaktilah selagi mereka masih hidup dan
jangan sesekali membantah segala suruhannya
yang baik

· Merendahkan suara ketika berbicara

· Ingatlah kita hanya ada satu ibu dan satu bapa
saja dalam dunia ini..dan sekiranya Allah
menjemput salah seorang atau kedua-duanya, kita
tidak akan bertemu lagi dengan mereka
sehinggalah hari kebangkitan nanti.

· Doa anak yang soleh sahaja yang dapat

Thursday, March 09, 2006

balik kg part 4

ari ni hamba balik kampung......
sepupu hamba kawennnnn setelah lama mencari teman hidup.......
selamat berbahagia che mmmmaaahhhhhh.........
hamba balik lebey kurang 5 ari kot, ari isnin dtg balik.....
terpaksa tinggalkan kelas c. amir sbb sepupu hamba kawen ari ahad...
x sabar nak jumpa anak-anak sedara hamba yg tersayang....
mujur musim cuti sekolahh, leh spend masa lama ckit...

dan ari ni hamba dapat kenal lebih ckit pasai kawan hamba.....
dia blajar di kolej yg kecik jer maser diploma dulu kat pahang....
????????????????????????????????????????????????
hamba x mengerti.........
huahuahua...

apa daaa

Kezaliman tahap melampau pada haiwan.....
apa punya manusia daaa..........
hampes betullll..............
hamba raser cam nak sepk jer pompuan tuhhhh.........

klik di sini kalo mau tengok tahap keganasan manusia kepada haiwan.....

peace....

maaf yea mia, ara, tasya.........
hamba mintak maappppp................

Wednesday, March 08, 2006

kenal??????????

adakah hamba betul2 @ benar2 kenal n tahu tentang kawan hamba?????????????
isu berbangkit yg tiba2 timbul sewaktu hamba sedang asyik tengok gaby........