gigi taringnya patah :)

bangkitlah dari tidurmu yang panjang, berdirilah dengan penuh perkasa, berpijaklah di alam yang nyata, tanah air menggamit semangat wajamu.....

Sila klik banner di bawah untuk mendapat habuan yang memuaskan!!


Sila gunakan carian di bawah untuk mencari sesuatu yg anda inginkan!!
Google

Wednesday, February 28, 2007

the last day...

Mohd Azhar Bin Mustaffa
Hal Ehwal Akademik
Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST)

Tuan,

Pertukaran Jabatan

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pengurusan KIST telah bersetuju untuk membuat pertukaran jabatan tuan daripada Jabatan Hal Ehwal Akademik kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar berkuatkuasa 01 Mac 2007 dan dikehendaki melaporkan diri kepada Drs. Zulkernain bin Hashim.

3. Tujuan pertukaran ini adalah untuk memantapkan perjalanan pengurusan Hal Ehwal Pelajar. Tanggungjawab dan tugas-tugas tuan adalah seperti berikut :

3.1 Kemaskini data / maklumat pelajar
3.2 Membantu dalam pembangunan sistem dan merangka pangkalan data.
3.3 Menyediakan maklumat yang dikehendaki pihak pengurusan.
3.4 Membantu mengemaskini rekod pelajar.
3.5 Membantu Menyelaras kerja-kerja HEP.
3.6 Lain-lain hal yang akan dimaklumkan dan ditugaskan dari masa ke masa.

4. Selamat meneruskan tugas dan maju jaya bersama organisasi ini.

Sekian Terima kasih.
____________________________________________________________________

Surat ini hamba terima semalam. secara mengejut n tanpa hint tiba2 hamba kena bertukar ke HEP. sampai nak demam rasernya.. sedeyyy. ari ni adalah ari last hamba bertugas di Jabatan Hal Ehwal Akademik KIST... aduhhh... sedih rasernya nak tinggalkan HEA... walaupon dalam satu kolej tp kesan pertukaran tetap juga terasa.. sayang nak tinggalkan awek2 kat HEA. maklumlah hamba sorang ja lelaki kat situ.. yg lain suma pompuan2 cun... bujang lagi.. huhuhuhuhu.... HEP plak suma lelaki.. pompuan sorang pon tarak.. leceh la camni... huhuhuhu...

pepen hamba terima pertukaran ini sebagai satu cabaran pada hamba. seperti moto KIST keunggulan kecemerlangan dan kegemilangan hamba pon akan terus unggul... Hidup KIST.

Monday, February 12, 2007

member2...

member2 kat kist ni...



ni staf kat cni panggil KJ.. ketua jabatan IT kat cni.. terer wat program tuh...


ni plak orang panggil suha.. eksekutif kanan library.. felo kat asrama beris..


ni plak orang panggil pok arr.. sebab dia la hamba kat cni dipanggil jaha sebab dia dah pakai nama POK AR.. ketua jabatan library


ni plak orang panggil ah.. nama asal ahmad norhisham.. ketua jabatan percetakan kat KIST ni..


ni plak wardi.. staf di jabatan pembelian.. orang penting nii... nak apa2 jumpa dia, soh dia beli...huhuhu..


ni plak abe mat.. staf di jabatan hal ehwal pelajar .. unit kokurikulum.. baru dapat anak laki...


ni plak cik din.. staf di jabatan hal ehwal pelajar.. ketua disiplin pelajar.. garang dia ni..huhuhu...


ni plak abe jaa.. ketua jabatan multimedia dan penyiaran kat KIST.. choks kenai benar ngan dia nii..


ni plak kak mah.. staf sama jabatan ngan hamba..jabatan hal ehwal akademik.. kak mah di unit pentadbiran am.. isteri abe jaa... comeiiinyaa..


ni plak kak mas.. juga staf sama jabatan ngan hamba.. kak mas di unit pinjaman pelajar.. ayuuu nyaa...


ni plak kak wan.. staf di jabatan library... caring...


ramai lagi member2 yg nak letak tp x der gambar .. ni pun pow ngan abe jaa.. huhuhuhu..

ps:- soriee letak gambar kat cni tanpa bgtau... nak wat kenangan..huhuhuu...

Hati sorang lelaki

Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari
pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu
waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya
sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan
yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama
yang terletak disebelahnya.

Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tak
malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari aku....makan sama banyak
dengan aku pulak tu...Pencuri! !!! rungut wanita itu dalam hati.

Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan
perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam
bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil
tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua
lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu.Wanita itu menjadi
begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari mememarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan
mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani
sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.

Kedua- dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk
menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega
seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki
pesawatnya.

Apabila dia sampai ditempat duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk
mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan
biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka.

Jika biskut ni ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan
tadi.....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki
itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang
terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi
marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana
bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia
menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa
tunggubas/keretapi/ kapalterbang. ..makan benda lain.

Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding
perempuan... .hahahahaha

Saturday, February 10, 2007

responsibility..

Bila dah besar n dah kerja speselly, hamba rasa tanggung jawab yang hamba pikul semakin banyak. kalo dulu x der la banyak sangat time belajar tu.. tp skang fuhhh... kalo dulu soal beli barang umah n sebagainya hamba x kisah langsung tp skang hamba yang pikul tanggungjawab tuh.. fuhh berat gakkk.. camana la akak2 hamba wat sebelum ni x tau laa.. huhuhu... kalo kat tempat kerja lagi laa.. x leh nak cakap laa. masa mula2 masuk dulu orang x kenai lagi... skang bila dah suma kenaii banyak la tanggung jawab yang perlu kita buat...

bila dipikir pikir balik, elok juga. dengan tanggung jawab yang ader ni la ia telah mematangkan hamba dari sehari ke sehari.. masa tuh kita dah boleh adjust masa kita bila masa untuk kerja n bila masa untuk family...

sebenarnya hari demi hari kita sebenarnya berubah.. berubah samada ke lebih baik atau ke lebih buruk dari sedia kala.. cuma kita jer x sedar.. muka kita n badan kita pun berubah setiap sehari... (dari x der jerawat ke ader jerawat-aku ler tuh)

ingat lagi abang duang kata dulu.. kalo banyak kunci dalam poket tuh,, banyak la tanggungjawab kita.. bila pikir2 balik tol gak kata2 tuh.. tp x semestinya kann...

pesan hamba bila dah ader tanggung jawab tuh pandai2 la penuhi tanggung jawab yg diberikan itu dengan jayanya..

assalamualaikum...

Tuesday, February 06, 2007

welcome

welcome to the club my uncle semmie.....
welcome to the crazy blog club.....
welcome welcome welcome welcome...
http://dmasstory.blogspot.com/

damn you...

kalau dah x bersama lagi wat apa nak mesej2 lagi.. wat sakit ati jaaa... x malu ka apa yg dah di buat sebelum ni.. dah bertunang wat la cara bertunang... nampak sangat terhegeh-hegeh... ngada ngada... hampesss.. apa kahal.... DAMN YOU!!!