gigi taringnya patah :)

bangkitlah dari tidurmu yang panjang, berdirilah dengan penuh perkasa, berpijaklah di alam yang nyata, tanah air menggamit semangat wajamu.....

Sila klik banner di bawah untuk mendapat habuan yang memuaskan!!


Sila gunakan carian di bawah untuk mencari sesuatu yg anda inginkan!!
Google

Saturday, August 25, 2007

MERDEKAKAH KITA????

6 hari lagi negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yg ke-50. sunggug bermakna angka tuhh.. maknanya sudah 50 tahun kita bebas dari zaman penjajahan, bebas dari genggaman british, jepun, komunis n bla2. untuk menyambut hari yg bersejarah ini, bermacam-macam persiapan telah dibuat. 2 bulan sebelum tuh dah banyak program yg dianjurkan oleh kerajaan, swasta, badan2 lain mahupun persendirian, semuanya dibuat untuk menaikkan semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat kita.

Sekarang ni di media, stesen2 TV semuanya sedang menayangkan iklan tentang merdeka. Radio pun x kurang hebatnya. Banyak program berupa peraduan derang buat. Surat khabar banyak benor berita n rencana pasal merdeka. Semuanya tentang merdeka.
Lebih hebat n nampak lagi, kat jalan raya hampir semua kenderaan ader jalur gemilang. Lori, bas, trailer dengan bendera besarnya, kereta ngan motor dengan bendera kecilnya, yang hebat lagi dak2 sekolah siap pasang bendera kecil lagi kat basikal derang. Hebat!!!!! Semuanya ingin menunjukkan semagat kemerdekaan mereka.

Kat pejabat, shopping komplex, restoran, kedai mamak, kedai kopi, semuanya sedang bercakap pasal merdeka. X kira kaum, agama, bangsa. Budak2 sekolah pon sedang bercakap pasal merdeka.

NAMUN!!!! MERDEKAKAH KITA SEKARANG????

Ya, kita sudah merdeka.... Tanah air kita bebas merdeka dari dijajah oleh bangsa asing.... itu sahaja..
Yang lain kita masih dijajah. Maknanya kita belum merdeka sepenuhnya lagi..

Prinsip rukun negara yang menjadi asas kepada amalan murni rakyat malaysia belum sepenuhnya diamalkan oleh rakyat malaysia sendiri. Hamba malas nak cerita atau kupas tentang amalan rakyat malaysia sekarang. Rasanya suma dah tau.. teruk..x senonoh.. bengong... bodoh pun ader.. ader yg kata x semua rakyat kita macam tuh.. jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga.. yang lain makan nangka, yang lain kena getahnya.. namun kerana nila setitik inilah nama n maruah negara kita tercemar.. kerana yang makan buah nangka inilah, negara kita diejek, disenda, dipandang serong, dipulau. Rakyat n negara kita telah dicop dengan macam-macam. Rakyat malaysia indah khabar dari rupa, teruk. Paling bahaya lagi negara Malaysia negara PENGGANAS.. apa ini..

Baru2 ini, kecoh satu Malaysia, rakyat negara kita sendiri mempersendakan negara n agama Islam melalui lagu... dia adalah pelajar kita yg belajar di luar negara.. semua orang di seluruh negara boleh dengar n tengok video tuh. Bangga mengutuk negara sendiri.. semua rakyat malaysia marah2. siap ader yg berpendapat bagi hukuman penjara jer student tuh.. sebabnya wat malu negara ajerr...

Tapi itu baru sahaja satu.. banyak lagi amalan MURNI rakyat malaysia yg kita terlepas pandang... rakyat malaysia, beragama Islam... tp tudung entah ke mana. Siap pakai baju ketat lagi, yg koyak kat belakang supaya leh nampak spender... itukah yg kita pegang KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN dalam rukun negara??? Minum arak, masuk pub, disko macam perkara biasa jerr... apa kes nii... x malu ke kepada agama lain....

Kalo nak cakap pasal merdeka ni, x habis rasernyerrr... hamba bercakap ni mengikut pandangan hamba sendiri.. x kisah orang nak dengar atau tidak. Tp itulah yg hamba nampak situasi rakyat malaysia yg dikatakan telah merdeka selama 50 tahun sekarang.. itulahh.....................

WAHAI PEMUDA PEMUDI HARAPAN BANGSA, BANGUNLAH, BANGKITLAH DARI TIDURMU YG PANJANG, BERDIRILAH DENGAN PENUH PERKASA, TANAH AIR MENGGAMIT SEMANGAT WAJAMU....